Skim mySalam bukan bermotifkan keuntungan - MOF



KUALA LUMPUR, 6 Ogos  (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini menekankan bahawa skim mySalam merupakan sebuah skim perlindungan kesihatan yang bukan bermotifkan keuntungan serta tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana syarikat insurans swasta.

Dalam kenyataannya hari ini, MOF berkata semua premium yang dibayar kerajaan, jika tidak digunakan sebagai tuntutan oleh penerima manfaat, akan dibayar balik kepada Tabung Amanah mySalam.

"Harus ditekankan semula bahawa tiada unsur keuntungan bagi Great Eastern Holdings mahupun Great Eastern Takaful Berhad (GETB) melalui skim mySalam.

"Oleh itu, tiada insentif untuk GETB sebagai pengurus takaful mySalam untuk tidak mengeluarkan bayaran bagi mana-mana tuntutan yang layak," jelas MOF.

Kenyataan ini berikutan kes yang disebarkan baru-baru ini tentang tuntutan penyakit kritikal daripada seorang pemandu lori berusia 48 tahun, dengan kanser kolon tahap empat yang telah ditolak, dan MOF menegaskan ini disebabkan pemandu lori itu tidak menghantar salinan laporan perubatan daripada seorang doktor hospital kerajaan.

Menurut MOF, proses tuntutan untuk mySalam adalah mudah dan jelas yang mana seorang pesakit yang telah disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal di hospital kerajaan, universiti atau tentera di Malaysia boleh menghantarkan laporan perubatan kepada mySalam untuk layak mendapatkan manfaat wang sebanyak RM8,000.

Maklumat berkenaan mySalam termasuk syarat-syarat kelayakan boleh dicapai dengan mudah secara dalam talian di https://www.mysalam.com.my/.

Selain itu, mySalam bersama organisasi-organisasi berkaitan juga sedang mengadakan program publisiti dan media, jerayawara dan sesi kesedaran secara meluas, serta reruai-reruai pop-up di hospital-hospital kerajaan utama untuk meningkatkan jumlah penerima manfaat daripada dana ini, tambah MOF.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2