PETALING JAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Pemerolehan berkelompok yang dicadangkan dalam penjagaan kesihatan di antara hospital awam dan swasta boleh membantu menjimatkan kos antara 40 dan 50 peratus dari segi ubat-ubatan dan perkhidmatan hospital dan membantu membawa masuk ubat-ubatan dalam jumlah yang lebih besar ke negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang untuk menggabungkan hospital-hospital swasta dan awam dalam sistem pemerolehan berkelompok yang juga dapat mengurangkan kos pengurusan penjagaan kesihatan.
Pemerolehan berkelompok ini jika dilakukan dalam kalangan negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand dapat membantu mengurangkan kos penjagaan kesihatan di rantau ASEAN.
Dr Noor Hisham berkata demikian dalam ucapan pleno beliau pada Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa MERCY Malaysia (MMIHC 2019) di sini, hari ini.
Kementerian Kesihatan sebelum ini berkata ia sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan mekanisme pemerolehan berkelompok bagi ubat-ubatan penting bagi menangani isu monopoli yang meningkatkan kos ubat yang dibekalkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.
Sementara itu, persidangan tiga hari dari 5 hingga 7 Ogos itu menyaksikan pembela kemanusiaan dari seluruh dunia menyentuh isu utama semasa dalam konteks kemanusiaan.
MMIHC 2019 bertujuan untuk mempromosikan dan memahami tindakan dan advokasi kemanusiaan dan dianjurkan oleh Mercy Malaysia di Universiti Sunway.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN