NIOSH bangunkan program penyelesaian komprehensif masalah mental



PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama)-- Institiut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sedang membangunkan program penyelesaian secara komprehensif untuk membantu majikan dan pekerja menangani masalah kesihatan mental secara sistematik di tempat kerja.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini akan turut melibatkan pembangunan modul ‘Psychological First Aid’ (Pertolongan Cemas Psikologi) bagi membantu kedua-dua pihak berkenaan memberi  bantuan awal kepada mereka yang berhadapan dengan masalah mental di tempat kerja.

"Ini merupakan antara modul yang telah dirancang untuk disampaikan kepada industri.

"Pada akhirnya, NIOSH ingin menghasilkan majikan dan pekerja yang mampu membantu dan merujuk pekerja yang bermasalah kepada pihak kaunselor, pakar psikologi dan pakar psikiatri agar mereka mendapat terapi yang sewajarnya,” katanya.

Beliau membuat kenyataan itu bersempena perasmian Seminar Keselamatan dan Kesihatan Psikologi Pekerjaan 2019 anjuran bersama NIOSH dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Kajang hari ini.

Beliau berkata usaha itu akan membolehkan NIOSH menjadi  pusat sehenti atau “one stop centre” kepada industri untuk rujukan dan bimbingan isu kesihatan mental di tempat kerja.

Untuk memastikan pembangunan dibuat secara holistik, Lee berkata NIOSH telah memulakan gerak kerja melalui kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan, universiti awam dan swasta, pengamal kesihatan pekerjaan dan pengamal kesihatan mental di Malaysia.

Beliau berkata program tersebut akan dibangunkan secara berperingkat dengan fasa pertama memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental dan menghapuskan stigma kesihatan mental di tempat kerja. 

“ Fasa berikutnya akan memberikan fokus terhadap pengurusan masalah kesihatan mental di tempat kerja melalui penglibatan majikan dan pekerja,”katanya.

Beliau berkata Data Tinjauan Kesihatan Mental Penjawat Awam 2017 mencatatkan 2,860 kes kesihatan mental manakala 576 kes turut dikesan di bawah Program Penilaian Pekerja (PPP) JPA pada tahun yang sama.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2