Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Pelancaran Kongres Persatuan Urologi Asia 2019 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada hujung bulan ini, sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet awal tahun depan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata akta baharu itu yang lebih holistik dan komprehensif turut merangkumi produk seperti rokok elektronik, vape dan shisha.
“Kami memandang serius perkara ini… namun isu kawalan dan banteras e-cigarettes bukan segalanya oleh Kementerian Kesihatan, ia bidang kuasa Jabatan Kastam,” katanya selepas merasmikan Kongres Persatuan Urologi Asia ke-17 di sini, hari ini.
Dr Dzulkefly mengulas mengenai kenyataan sebuah firma tembakau yang menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas untuk membanteras perdagangan rokok dan vape haram yang menyebabkan kerajaan kerugian kutipan hasil cukai sebanyak RM6 bilion setahun.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN