KENINGAU, 10 Ogos (Bernama) -- Sebuah bangunan tambahan pusat hemodialisis Hospital Keningau bernilai RM1.7 juta akan dibina tahun ini dan dijangka siap tahun depan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata apabila siap nanti bangunan itu akan menempatkan 20 buah mesin hemodialisis.
Beliau berkata bangunan seluas 3,240 kaki persegi itu yang akan beroperasi 24 jam mampu menampung keperluan kira-kira 100 pesakit.
"Ini adalah satu kolaborasi antara Jabatan Kesihatan Sabah dengan Yayasan Tzu-Chi," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek Pusat Dialisis Hospital Daerah Keningau (Projek Lanjutan), di sini hari ini.
Dr Christina berkata projek itu dibiayai sepenuhnya oleh Taiwan Buddist Tzu-Chi Foundation Malaysia Cawangan Keningau.
Sementara itu, Dr Christina berkata pesakit buah pinggang di kawasan pedalaman Sabah sehingga kini seramai 128 orang.
Katanya ramai yang tidak dapat melakukan saringan kesihatan disebabkan faktor perjalanan jauh khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar, sehingga penyakit senyap itu tidak disedari sudah berada ditahap kronik.
Sementara itu Pengurus Taiwan Buddist Tzu-Chi, Tan Beng Fun cawangan Keningau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk mengumpul dana bagi membiayai projek bangunan itu.
Beliau berkata antaranya larian kebajikan ‘Send Love To Kidney Patients’ sehingga mampu mengutip jumlah yang diperlukan.
-- BERNAMA.
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN