Rekod penyelenggaraan ambulans perlu dilihat semula - CUEPACS



KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) --  Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan melihat semula rekod penyelenggaraan kesemua ambulans di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

 Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan ini perlu bagi mengelakkan insiden nahas melibatkan ambulan sehingga mengorbankan pemandu dan seorang pesakit di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Slim River pada awal bulan ini, berulang.

“Apa yang menyedihkan, kami (Cuepacs) telah menyemak bersama kesatuan pemandu ambulans, dan kami dapati seolah-olah kenderaan (ambulans) itu tidak diselenggara dengan sempurna dan tayar digunakan bukan tayar yang original kerana melibatkan rekahan. 

“Kita menuntut supaya rekod-rekod penyelenggaraan ambulans dilihat semula supaya tidak berlaku lagi kemalangan maut melibatkan pesakit dan pemandu… kita dapati kelemahan yang wujud dalam kes sebegini adalah melibatkan penyelenggaraan… rekod-rekod penyelenggaraaan mungkin tidak sempurna,” katanya dalam  sidang media di Wisma Cuepacs, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 4 Ogos, pemandu ambulans Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37 dan pesakit wanita Azizah Dolah, 66, maut selepas ambulans yang dinaiki dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Slim River hilang kawalan akibat tayar belakang sebelah kanan kenderaan itu dipercayai pecah sebelum melanggar penghadang jalan dan terbalik.

Azih berkata syarikat menyelenggara ambulans KKM perlu bertanggungjawab atas insiden yang berlaku.

“Kita minta supaya syarikat yang dilantik menyelenggara kenderaan ini dikenakan penalti… aspek mengenai keselamatan ini harus dipertanggungjawabkan kepada syarikat yang telah dilantik kerajaan untuk penyelenggaraan. Saya tidak sebut nama syarikat, tetapi mungkin mereka (kerajaan) tahu syarikat mana yang menyelenggara kenderaan KKM ini,” katanya. 

Azih turut meminta bayaran perlindungan ex-gratia kepada keluarga Mohd Hafidz disegerakan.

“Kami difahamkan tuntutan telah dibuat, tetapi masih di peringkat awal. Sepatutnya ia diselesaikan dalam masa tiga atau tujuh hari, tetapi sekarang dah lebih 10 hari. Sepatutnya perkara ini tidak lagi berbangkit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih berkata kerajaan perlu menyemak semula skim pembantu kesihatan  berikutan skim sedia ada memerlukan seseorang pembantu kesihatan mengikuti latihan jangka panjang yang hanya disediakan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

“Setakat hari ini, sebanyak enam buah ILKKM sudah ditutup dan ini menyebabkan berlaku kesukaran untuk pembantu kesihatan disahkan dalam jawatan sebab tempat untuk mereka hendak sambung pelajaran untuk sah dalam jawatan terhad,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018