Jangan pandang ringan aspek keselamatan dan kesihatan petugas media - Lee Lam Thye

Tan Sri Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Organisasi media tidak harus memandangkan ringan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan para petugas ketika membuat liputan di lapangan, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata ini kerana petugas media terdedah kepada penyakit dan bahaya lain ketika membuat liputan selain berhadapan dengan kemungkinan terbunuh apabila dihantar bertugas ke kawasan konflik.

“Berdasarkan pemerhatian saya, amalan OSH (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) yang baik di kalangan pengamal media masih rendah dan tahap kesedaran mesti ditingkatkan.

"Lebih mengecewakan apabila beberapa majikan menganggap amalan OSH yang baik sebagai isu remeh dan tidak berminat untuk melaksanakannya dalam organisasi media masing-masing," katanya kepada pemberita  selepas merasmikan program latihan Pasport Keselama­­tan Media dengan kerjasama organisasi media kerajaan dan swasta di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Justeru beliau berharap  setiap organisasi media menjalinkan kerjasama rapat dengan NIOSH dalam memberi kesedaran kepada para petugasnya mengenai isu keselamatan dan kesihatan.

Turut hadir Pengerusi Astro Malaysia Holding Berhad Tun Zaki Tun Azmi, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya.

Lee berkata majikan setiap organisasi media tidak sepatutnya membiarkan sesuatu perkara tidak diingini terlebih dahulu menimpa petugasnya, dan kemudian barulah bertindak mengambil langkah-langkah keselamatan.

“Saya yakin jika majikan dapat melabur di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerja mereka, ia akan mendatangkan banyak faedah termasuk dapat mengurangkan risiko kemalangan pekerjaan seterusnya mereka boleh bertugas dengan lebih bersemangat serta produktif,” katanya.

 Lee berkata organisasi media perlu mencontohi industri lain dengan melaksanakan program pasport keselamatan seperti yang diguna pakai oleh industri petroleum dan tele­komunikasi serta syarikat-syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad dan lain-lain.

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (OSHA) 1994, adalah menjadi kewajipan majikan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja mereka.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) di bawah Kementerian Sumber Manusia telah menerbitkan Garis Panduan Bagi Profesional Media 2012 yang menyediakan maklumat lengkap mengenai amalan kerja selamat bagi pengamal media, katanya.

Garis panduan itu dibuat dengan mengambil iktibar terhadap tragedi pada September 2011 apabila seorang jurukamera Bernama, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat sewaktu membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia.

Lee berkata antara kes terbaharu yang perlu diberi pertimbangan ialah pencemaran gas beracun di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor apabila petugas media dilihat tidak memakai sebarang alat perlindungan ketika membuat liputan.

— BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018