KUCHING, 15 Ogos (Bernama) – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri setakat pukul 3 petang telah berkurang kepada 217 berbanding bacaan 364, semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan bahawa berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Sri Aman turut menurun kepada 195 berbanding semalam dengan bacaan 243.
Sementara itu, bacaan IPU di Miri dan SK Baram juga turun menurun kepada 72 dan 74, manakala Kuching (71), Samarahan (69), Sarikei (72), Sibu (67), Samalaju (63), Bintulu (64), Mukah (61), Kapit (60) dan Limbang (57).
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.
--BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN