PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara pada 11 pagi tadi menunjukkan dua kawasan mencatatkan status kualiti udara sangat tidak sihat, manakala satu kawasan dengan IPU tidak sihat.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan hari ini berkata stesen Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan Sri Aman di Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan IPU 227 dan 209, manakala stesen Rompin, Pahang dengan bacaan IPU 118.
"Bacaan IPU di Sri Aman dan ILP Miri masih mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat disebabkan kebakaran belukar tanah gambut yang berhampiran dengan stesen-stesen kualiti udara dan jerebu merentas sempadan kesan dari kebakaran di Kalimantan.
"Bacaan IPU pada tahap tidak sihat di Rompin, Pahang disebabkan oleh kebakaran belukar tanah gambut yang berhampiran dan tindakan pemadaman telah dijalankan dan hasil siasatan didapati kebakaran telah pun padam," kata JAS.
Dalam pada itu, JAS berkata 55 stesen mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana dan tujuh pada tahap baik.
JAS berkata kebakaran hutan yang berlaku Sumatera dan Kalimantan masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada semua kawasan di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan bahagian Barat Sarawak dan menyebabkan status kualiti udara negara pada tahap sederhana.
Orang ramai dinasihatkan melayari laman web Kementerian Kesihatan (www.moh.gov.my) bagi mendapatkan nasihat kesihatan dan langkah-langkah pencegahan semasa jerebu, katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN