Bacaan IPU Miri turun ke tahap sederhana



KUCHING, 20 Ogos -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri mencatatkan penurunan kepada kategori sederhana setakat pukul 12 tengah hari ini.

Data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatat bacaan IPU 89 berbanding 92 yang direkodkan pada pagi tadi.

Sementara itu di Stesen Miri juga mencatat penurunan dengan bacaan IPU 54 daripada 72 yang direkod pada 9 pagi tadi manakala di Stesen SK Kuala Baram 2 turut mencatat penurunan bacaan IPU iaitu dari 67 pada pagi tadi kepada IPU 64 pada tengah hari ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di Google Play bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2