KOTA BHARU, 20 Ogos -- Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengorak langkahnya dalam bidang perubatan dengan menambah baik tujuh satelit di Pusat Integrasi Simulasi Klinikalnya seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Naib Canselornya Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata penambahbaikan itu dilakukan melalui penggunaan kecerdesana buatan (AI) dan teknologi digital bagi meningkatkan kecekapan dalam rawatan dan menjamin keselamatan pesakit.
"Penambahbaikan satelit ini adalah langkah penjenamaan semula Pusat Integrasi Simulasi Klinikal Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) HUSM dalam usaha menyediakan rawatan berteknologi tinggi dengan hasil terbaik kepada pesakit.
"Inisiatif ini juga salah satu usaha berterusan USM dalam menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa mengenai Sains Perubatan dan Kesihatan (ICMHS) di sini, hari ini yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.
ICMHS itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 USM dengan kerjasama Universiti Lorraine, Perancis dan Universiti Mahasarakham, Thailand bagi membincangkan pelbagai topik kesihatan selain perkongsian penemuan kajian dan penyelidikan.
Program selama dua hari yang bermula hari ini itu disertai 26 orang pembentang dengan ucaptamanya disampaikan oleh Naib Canselor Gulf Medical University, India Prof Manda Venkatramana.
Sementara itu, Siti Hamisah berkata usaha yang dilakukan USM bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam mewujudkan pusat pengajian yang memberi impak berkesan kepada pembangunan negara.
Katanya pensyarah yang proaktif, inovatif dan kreatif amat diperlukan dalam mendepani Revolusi Industri 4.0.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN