AWC peroleh kontrak khidmat sokongan hospital bernilai RM113 juta



KUALA LUMPUR, 20 Ogos  -- AWC Bhd memperolehi kontrak perkhidmatan sokongan hospital bernilai kira-kira RM113 juta untuk Institut Kanser Negara di Putrajaya daripada Kementerian Kesihatan.

AWC berkata anak syarikat milik penuhnya, Ambang Wira Sdn Bhd, yang merupakan komponen bahagian kemudahan syarikat, telah menerima kontrak bertempoh tiga tahun mulai 1 Sept, 2019 hingga 31 Ogos, 2022 itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata mengikut kontrak berkenaan, Ambang Wira akan menyediakan semua perkhidmatan pengurusan kejuruteraan, pembersihan, sisa penjagaan kesihatan, linen dan dobi untuk institusi perubatan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden, Datuk Ahmad Kabeer dalam kenyataan berkata jumlah kontrak yang diperolehi syarikat itu bagi 2019 adalah bernilai lebih RM300 juta.

“Semua kontrak itu akan mengukuhkan lagi kedudukan AWC di Putrajaya, dengan kontrak terbaru diperolehi adalah bagi Menara PJH, yang juga terletak di kawasan berkenaan,” katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2