KOTA BHARU, 20 Ogos -- Universiti Sains Malaysia (USM) dan Hannan Medispa Sdn Bhd hari ini menjalin kerjasama pintar melalui Memorandum Perjanjian (MoA) bagi menghasilkan prototaip Face Up v1.0 untuk membantu pesakit yang mengalami 'facial pain'.
Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail berkata alat mesra pengguna itu akan dihasilkan sekumpulan penyelidik USM menggunakan teknologi tanpa wayar dan cetakan tiga dimensi melalui dana daripada Hannan Medispa.
“USM amat menyambut baik kerjasama strategik ini dalam mewujudkan kolaborasi antara industri dan ahli akademik bagi manfaat bersama. Kerjasama ini membolehkan pertukaran maklumat bermanfaat sekaligus membantu penyelidik USM menjalankan kajian tentang keberkesanan alat untuk pengurusan 'facial pain',” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani MoA itu bersama Presiden Hannan Medispa Datuk Mohd Hannan Mohd Yusof di sini, hari ini.
Asma berkata kerjasama itu secara tidak langsung melonjakkan persepsi positif masyarakat serta pihak berkepentingan dengan USM selain memperkukuh jenama universiti itu sebagai rujukan pelbagai disiplin perubatan dan kesihatan di Pantai Timur.
“Kami kini dalam usaha ke arah mewujudkan kerjasama menerusi sokongan dana kewangan bagi projek penyelidikan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti. Ia sejajar dengan amalan menjadikan aspek penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh meliputi peralatan, kemudahan dan kos yang seiring dengan visi USM “mentransformasikan pendidikan tinggi untuk kelestarian hari esok”,” katanya.
Sementara itu Mohd Hannan berkata MoA itu adalah satu detik bersejarah dalam memastikan produk inovasi itu dapat direalisasikan.
“Penyelidikan produk ini dijangka siap menjelang tahun depan. Penghasilan produk ini adalah salah satu usaha Hannan Medispa untuk menjadi pelopor bidang kosmetik pergigian sekaligus melebarkan perniagaan penjagaan kesihatan dan kecantikan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata dana penyelidikan yang disalurkan itu diharap dapat membantu menjayakan penyelidikan tersebut sekaligus memajukan lagi spanya yang kini mempunyai 49 cawangan di seluruh negara.
Beliau berkata kolaborasi itu juga membuktikan pakar perubatan bukan sahaja bertanggungjawab merawat pesakit malah berupaya memberi inovasi dalam penambahbaikan pengurusan pesakit.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN