KANGAR, 20 Ogos -- Hospital pakar swasta tunggal di negeri ini, KPJ Perlis di sini bercadang menambah bilangan katil pesakit berikutan sambutan yang memberangsangkan, bukan sahaja daripada penduduk di Perlis tetapi dari sekitar Kedah termasuk Langkawi dan dari selatan Thailand.
Pengurus Besar KPJ Perlis, Rosli Hamid berkata ketika ini, hospital itu mempunyai 21 katil dan berhasrat untuk menambah 15 lagi katil menjadikan keseluruhan 36 katil.
“Kita telah menghantar permohonan kepada Kementerian Kesihatan dan pihak mereka telah datang membuat ‘inspection’ dan dijangka September ini kita akan dapat kelulusan untuk membawa masuk katil,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurut Rosli, KPJ Perlis menerima lebih 20,000 pesakit yang mendapatkan rawatan termasuk 2,000 pesakit yang dimasukkan wad sejak ia dibuka pada Mei tahun lepas.
KPJ Perlis turut menyediakan kemudahan pengangkutan secara percuma dari Terminal Jeti Kuala Perlis bagi pesakit yang mendapatkan rawatan sebagai kemudahan kepada mereka.
KPJ Perlis adalah hospital pakar swasta ke-25 di bawah pengurusan KPJ Healthcare Berhad. Rawatan pakar yang disediakan pada masa ini antaranya ortopedik, telinga, hidung dan tekak serta penyakit dalaman, radiologi, perbidanan, sakit puan, pediatrik dan bius.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan KPJ Perlis pada 1 Nov tahun lepas. Hospital itu dibangunkan dengan kos lebih RM50 juta melalui kerjasama dengan Yayasan Islam Perlis.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN