Skim mySalam tidak beri keuntungan kepada syarikat insurans



PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kewangan hari ini menegaskan bahawa tiada unsur keuntungan dibuat oleh mana-mana syarikat insurans melalui skim perlindungan kesihatan nasional untuk kumpulan B40, mySalam.

Menurut kementerian itu, segala baki premium yang telah dibayar kepada syarikat takaful yang tidak dituntut, dan faedah simpanan yang terkumpul, akan dibayar balik sepenuhnya kepada Tabung Amanah mySalam.

"Skim perlindungan kesihatan ini merupakan satu skim takaful yang bukan bermotif keuntungan,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan penyiaran artikel yang mempersoalkan skim mySalam sebagai "Skim Cepat Kaya". 

Skim itu ditawarkan oleh kerajaan untuk kumpulan B40 yang layak iaitu seramai 3.8 juta individu.

Syarikat insuran Great Eastern Holdings yang bekerjasama dengan kerajaan dalam inisiatif itu telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam.

Sebagai permulaan, skim mySalam itu ditawarkan melalui pengendali takaful Great Eastern Takaful Bhd.

Skim itu menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali/sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot dan Alzheimer.

Skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.

Kementerian Kewangan berkata ia dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjalankan kajian dan penilaian yang menyeluruh untuk memastikan skim mySalam memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

"Kerajaan sentiasa prihatin akan beban kewangan rakyat terutamanya ketika kecemasan kesihatan yang tidak dijangka,” kata kementerian itu.

Maklumat mengenai skim tersebut boleh didapati melalui laman web mySalam di www.mysalam.com.my. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2