Bilangan penagih dadah dapat rawatan secara sukarela rendah



IPOH, 21 Ogos (Bernama) -- Stigma masyarakat adalah antara faktor bilangan penagih dadah yang tampil secara sukarela mendapatkan rawatan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) masih rendah.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata ia terbukti apabila hanya 61 penagih tampil secara sukarela sejak projek rintis menangani masalah penagihan dadah dan pelencongan sosial agensi dilaksanakan di 12 kawasan di tujuh negeri bulan lalu.

Beliau berkata tidak ramai penagih yang mahu mendapatkan rawatan berikutan stigma masyarakat bahawa terlibat dengan penagihan dadah adalah perkara yang memalukan. 

"Dalam 12 kawasan projek rintis ini, terdapat kira-kira 3,000 penagih dadah namun hanya 61 sahaja yang datang secara sukarela. Mereka yang terlibat dalam penagihan dadah ini sangat dirayu tampil menyerah diri untuk dirawat pulih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Pengurusan Pemantapan Media Sosial ke Arah Kecemerlangan Organisasi AADK 2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata  komuniti serta keluarga perlu saling membantu pihak keselamatan untuk menjayakan usaha merawat serta memulihkan penagih. 

"Sekiranya mereka (penagih) dapat datang secara sukarela, ini akan memudahkan proses pemulihan daripada kita terpaksa tahan dan dirawat melalui perintah mahkamah," katanya.

Beliau berkata daripada keseluruhan 30 pusat pemulihan dadah yang ada di seluruh negara, 10 dikhaskan untuk pusat pemulihan sukarela. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2