Indeks pencemaran udara di ILP Miri catat bacaan berbahaya



MIRI, 22 Ogos (Bernama) -- Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan berbahaya iaitu 404 setakat pukul 9 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata ILP Miri terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram. 

“Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 di Miri mencatatkan bacaan IPU 204 iaitu sangat tidak sihat manakala Miri merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 93 setakat pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Menurutnya, jumlah titik panas yang dikesan setakat ini ialah dua di Sarawak, 22 di Kalimantan dan 13 di Sumatera.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, operasi pemadaman api di kawasan terjejas akan diteruskan hari ini dengan menggunakan helikopter Bomba dan pesawat Bombadier milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang dibahagikan kepada tiga sektor.

Law berkata, helikopter bomba akan memadamkan kebakaran menggunakan kaedah bom air di sekitar kawasan sektor 2 berhampiran dengan ILP Miri.

“Sektor 1 operasi akan dijalankan oleh pasukan bomba dari Balai Lopeng untuk memadamkan asap berdekatan tepi jalan,” katanya.

Katanya, pesawat Bombardier masih meneruskan pemadaman di sektor 3.

Untuk rekod, pesawat Bombardier telah berada di sini selama seminggu untuk membantu operasi pemadaman di Kuala Baram.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2