Dua sekolah ditutup di Sarawak akibat jerebu



MIRI, 22 Ogos (Bernama) -- Seramai 1,906 murid termasuk 50 murid prasekolah dari dua sekolah rendah tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini kerana sekolah terpaksa ditutup berikutan keadaan jerebu semakin teruk di kawasan Kuala Baram.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak berkata, dua sekolah yang ditutup tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan.

"Sesi persekolahan terpaksa dihentikan kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin teruk iaitu melebihi 232 dengan sekolah paling teruk SJK Chung Hua Tudan yang terletak berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata, terdapat 50 murid prasekolah, 556 murid serta 45 guru di SK Kuala Baram 2 manakala SJK Chung Hua Tudan mempunyai seramai 1,300 murid dan 64 orang guru.

"Kawasan persekolahan dilanda jerebu teruk akibat kebakaran hutan dan tanah gambut semakin teruk," katanya lagi.

Menurut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di ILP Miri pagi tadi berada pada tahap berbahaya iaitu 404 manakala IPU di SK Kuala Baram 2 merekodkan bacaan IPU 204 iaitu sangat tidak sihat.

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2