SHAH ALAM, 22 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Selangor merampas sebanyak 2,205 produk makanan pelbagai jenis bernilai RM21,075 di seluruh Selangor dalam operasi 'Op Label', semalam.
Pengarahnya, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata kesemua produk itu dirampas dari 39 premis kerana tidak mematuhi keperluan pelabelan produk makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985.
"Operasi ini memberi tumpuan terhadap produk makanan yang dijual di premis warga asing serta premis yang menjual produk makanan kesihatan dan produk makanan import.
"Keperluan utama yang diperiksa adalah semua maklumat pada label produk makanan hendaklah dalam bahasa Malaysia bagi produk makanan yang dikilangkan di Malaysia, manakala bagi produk makanan import pula perlu dilabelkan dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata selain itu, perkara lain yang turut diperiksa adalah semua label makanan mempunyai nama sebutan sebenar makanan, senarai bahan ramuan serta berat bersih atau isipadu isi bungkusan.
Katanya, bagi produk makanan yang dikeluarkan, disediakan atau dibungkus di Malaysia, label makanan perlu menyatakan nama dan alamat pengilang atau pembungkus atau pengedar.
"Bagi produk makanan yang diimport, label makanan perlu menyatakan nama dan alamat pengilang di luar negara serta nama dan alamat syarikat pengimport di Malaysia.
"Antara kesalahan paling ketara yang ditemui dalam operasi ini ialah akuan kesihatan yang tidak dapat disahkan pada label makanan selain akuan kesihatan yang ditemui menyalahi peruntukan PPM 1985," katanya.
Beliau berkata dalam operasi itu, pihaknya turut mengeluarkan 31 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 bagi pelbagai kesalahan selain kompaun berjumlah RM116,000.
Sehubungan itu, Dr Khalid mengingatkan peniaga supaya mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan yang bertujuan untuk memberikan maklumat benar dan jelas tentang sesuatu produk makanan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN