Jabatan Kesihatan Labuan nafi terbabit sebarang kutipan sumbangan beli bantal



LABUAN, 22 Ogos -- Jabatan Kesihatan Labuan hari ini menjelaskan bahawa ia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak melaksanakan ‘sumbangan derma bantal’ untuk Hospital Nukleus Labuan.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata peruntukan yang disediakan bagi perolehan itu adalah mencukupi, malah ia belum habis dibelanjakan sepenuhnya, dan menurutnya kempen yang tidak mendapat restu jabatan itu boleh memberi kesan negatif kepada imej baik jabatan serta Kementerian Kesihatan 

Beliau memberi penjelasan itu kepada Bernama sebagai mengulas satu laporan berita sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina hari ini yang memetik Ahli Lembaga Pelawat Hospital Nukleus Labuan, berhubung ‘Kutipan Sumbangan Derma’ bagi membeli bantal-bantal untuk hospital berkenaan.

“Saya juga ingin menegaskan di sini, kami menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang jabatan kami memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk melaksanakan kutipan itu… dan kami juga menafikan sebarang dakwaan kononnya kami tidak ada peruntukan bagi tujuan perolehan itu,” katanya.

Dr Ismuni mendedahkan proses perolehan bagi membeli bantal sedang dilaksanakan, jadi kutipan itu langsung tidak berasas.

“Sila abaikan jika anda dihubungi mana-mana pihak yang mengutip derma kononnya untuk membeli bantal bagi pihak hospital kami dan Jabatan Kesihatan Labuan, malah anda boleh hubungi saya terus dengan menelefon ​​0193357341 bagi tujuan sebarang penjelasan,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018