KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Sun Life Malaysia Assurance Bhd dan Sun Life Malaysia Takaful Bhd (Sun Life Malaysia) bekerjasama dengan empat penyedia penjagaan kesihatan untuk mengendalikan Program Saringan Kesihatan bagi membendung peningkatan ancaman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sun Life Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata empat syarikat itu adalah Walnut Wellness, Roche Diagnostics (M) Sdn Bhd, AM PM Pharmacy Sdn Bhd, dan Tigas Alliance Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia Raymond Lew berkata kerjasama dengan empat penyedia kesihatan ini adalah reaksi segera kumpulan itu bagi menangani masalah ini.
“Sebagai sebahagian daripada tujuan Sun Life Malaysia untuk membantu orang hidup lebih sihat, kami komited untuk memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia agar proaktif dalam mengurangkan ancaman pembunuh senyap ini dan kami percaya saringan glukos darah akan langkah penting pertama ke arah hala tuju yang betul,” katanya.
Program saringan itu akan menawarkan saringan diabetes percuma di 47 cawangan farmasi di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Sabah dari September hingga Oktober tahun ini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN