Kementerian Kesihatan rampas cecair rokok elektronik bernilai RM1.4 juta

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Ogos -- Kementerian Kesihatan merampas 66,988 botol cecair rokok elektronik yang disyaki mengandungi nikotin bernilai kira-kira RM1.4 juta melalui operasi bersepadu di seluruh negara, Selasa lepas. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata rampasan dibuat oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) dan turut disertai Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam (Sektor Inspektorat dan Perundangan) melalui operasi yang dijalankan terhadap 78 premis penjual.

"Operasi ini dilaksanakan hasil aduan dan maklumat diterima oleh pihak kementerian berkenaan penjualan cecair rokok elektroinik yang mengandungi nikotin kepada pelajar sekolah," katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa kesemua kes akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Racun 1952 dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta sama iaitu denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

KKM turut menasihati pengilang, pengedar atau penjual supaya menghentikan serta-merta segala aktiviti pengilangan, pengedaran dan penjualan sebarang persediaan termasuk cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Ini kerana sebarang persediaan mengandungi nikotin merupakan racun kumpulan C, yang dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan dengan itu sebarang penjualan atau pembekalannya hanya dibenarkan kepada ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar bagi tujuan rawatan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2