Golongan B40 di Negeri Sembilan digesa daftar PeKa B40 - Aminuddin



SEREMBAN, 24 Ogos (Bernama) -- Golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di negeri ini digesa supaya segera merebut manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), yang diperkenalkan sejak 15 April lepas.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata berdasarkan rekod sejak PeKa B40 diperkenal sehingga awal bulan ini, seramai 2,044 orang golongan B40 di negeri ini berdaftar di bawah skim berkenaan berbanding 34,848 orang yang layak menerima manfaat tersebut di negeri ini.

"Melalui skim ini, pelbagai manfaat yang boleh diperoleh golongan ini antaranya saringan kesihatan secara percuma di klinik swasta atau di klinik kesihatan, bantuan alat perubatan dan sebagainya dengan had RM20,000, rawatan kanser RM1,000 dan insentif tambang pengangkutan RM500.

"Matlamat Kementerian Kesihatan adalah degan peruntukan yang sedia ada ini diberikan kepada mereka yang layak bagi mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga yang berpendapatan rendah, ini insentif yang kerajaan cuba bantu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Karnival Kesihatan, Hari Bersama Pelanggan dan Perasmian Klinik Kesihatan Sikamat di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S.Veerapan dan Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zainudin Mohd Ali.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat untuk meningkatkan jumlah pendaftar skim itu, pihaknya akan mengarahkan Ketua Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk mempromosikan program tersebut.

Kira-kira 800,000 rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas daripada kumpulan B40 bakal menerima manfaat PeKa B40 dengan peruntukan RM100 juta yang akan dilaksanakan secara berperingkat 

Manfaat skim itu antaranya ialah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2