KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tiga, kanan) bersama sukarelawan dan penduduk Pangsapuri 610 melakukan gotong royong sempena Kempen Cegah Denggi di Pangsapuri 610, Pandan Indah hari ini.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Masyarakat digesa memberi penekanan kepada aspek penjagaan kebersihan setempat dengan sentiasa meneruskan amalan gotong-royong bagi mencegah penularan penyakit seperti denggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata umum sedia maklum mengenai kes denggi yang semakin meningkat jika tidak dikawal.
Dr Wan Azizah menjelaskan terdapat 85,270 kes denggi yang dilaporkan dari Januari hingga 17 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 38,726 kes (83.2 peratus) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
“Jangan tunggu sehingga sesuatu musibah menimpa pada ahli keluarga kita untuk mengambil tindakan. Ini adalah kediaman anda, maka jagalah kebersihan dan keselamatannya,” katanya ketika berucap pada program ‘Gotong Royong Cegah Denggi’ di Pangsapuri 610 dekat Ampang hari ini.
Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata kebiasaannya peningkatan kes denggi di sesuatu kawasan berpunca daripada sikap individu itu sendiri yang kurang menjaga kebersihan.
“Berapa ramai di antara kita yang prihatin menjaga kebersihan persekitaran? Tidak perlu pergi terlalu jauh. Cuba perhatikan di kediaman kita, rumah kita.
"Pasti ada yang kita terlepas pandang, sebagai contoh air yang bertakung pada bekas yang tidak digunakan. Bekas tong, kolah, pasu dan lain-lain lagi," katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu komuniti setempat bersama-sama mengambil sikap bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran melalui aktiviti gotong-royong.
“Aktiviti gotong-royong tidak bermaksud mendapatkan orang luar untuk datang membersihkan kawasan kediaman saudara saudari. Ia bermaksud ahli masyarakat sesuatu tempat bekerja bersama untuk menjaga kebersihan tempat itu,” katanya.
Beliau turut menasihati ibu bapa agar mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi mengenai kepentingan menjaga kebersihan bermula dari rumah.
Terdahulu, pada program anjuran Parlimen Pandan dan Rcomm Lestari itu, Dr Wan Azizah turut menyertai penduduk pangsapuri berkenaan mengutip sampah sarap serta membersihkan longkang selain mengambil kesempatan beramah mesra dengan mereka.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN