KPJ Pasir Gudang peruntuk RM10 juta untuk projek naik taraf



JOHOR BAHARU, 25 Ogos (Bernama) -- Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk menaik taraf hospital itu bagi memenuhi keperluan pesakit dan meningkatkan perkhidmatannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hazarul Azly Hamzah berkata peruntukan itu termasuk penambahan perkhidmatan baharu, rawatan pakar jantung, yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun depan.

Beliau berkata usaha menaik taraf hospital itu turut melibatkan penambahan katil, meningkatkan perkhidmatan semasa serta kerja-kerja menaik taraf yang sedang berjalan sejak Julai dan kini 90 peratus siap.

"Kami memulakan kerja-kerja menaik taraf sejak Julai lepas setelah merancang memperkenal Makmal Catheterization (Cathlab) atau Makmal Jantung Invasif pada suku pertama, yang melibatkan anggaran sebanyak RM5 juta.

"Kami juga merancang menambah 36 lagi katil. Pada masa ini, kami mempunyai 96 katil, termasuk tiga katil di Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kemerdekaan ke-62 KPJ Pasir Gudang.

Turut hadir Leftenan Komander (B) Mohamed Sharif Kalam, yang menaikkan bendera Malaya pada sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

Hazarul juga berkata penambahan perkhidmatan jantung itu akan memudahkan pesakit yang tinggal di kawasan persekitarannya mendapatkan rawatan.

"Sebelum ini, kami mempunyai pakar kardiologi, namun hanya menjalankan prosedur seperti endogram. Tahun depan kami akan mempunyai segalanya. Buat masa ini kami mempunyai 20 doktor pakar, 360 kakitangan dan 200 jururawat," katanya.

-- BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2