433 kes denggi direkod di Terengganu

Gambar file Bernama

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos -- Sebanyak 433 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu setakat 22 Ogos lepas, peningkatan sebanyak 80.4 peratus atau 193 kes berbanding hanya 240 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu, kata Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh.

Beliau berkata Kuala Terengganu merupakan daerah tertinggi merekodkan kes demam denggi dengan  203 kes diikuti Marang (65), Kuala Nerus (43), Dungun (40), Kemaman (27), Hulu Terengganu (25), Besut (21) dan Setiu (sembilan).

"Semua daerah menunjukkan peningkatan kes kecuali daerah Besut yang menunjukkan penurunan ketara iaitu hanya 21 berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lepas," katanya kepada Bernama hari ini.

Bagi mengurangkan penularan serta mengelak peningkatan demam denggi, beliau berkata orang ramai digesa agar menjaga kebersihan di sekitar kawasan perumahan masing-masing dan membuat aktiviti cari dan musnah pembiakan aedes sekurang-kurangnya selama 10 minit seminggu.

Selain itu, beliau menasihatkan individu yang ingin melakukan aktiviti luar semasa waktu puncak gigitan aedes dari 5 pagi hingga 8 pagi, dan 5 petang hingga 8 malam, supaya memakai pakaian cerah dan berlengan panjang serta menggunakan bahan pencegah nyamuk.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2