Operasi Hospital Medan Malaysia diteruskan sehingga Disember ini - Mohamad



KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Operasi Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh akan diteruskan sehingga Disember tahun ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata perkara berkenaan akan dibawa dan dibincangkan ke Kabinet sama ada untuk meneruskan pengoperasian hospital itu di negara berkenaan.

“Kami akan melihat suasana mutakhir jikalau hendak meneruskan operasi Hospital Medan Malaysia dan ia perlu mendapat kelulusan Kabinet serta perancangan jangka panjang. 

“Kalau hendak keluar (membantu pelarian Bangladesh) perlu ada rancangan dan buat masa ini, kami masih belum membuat keputusan untuk meneruskannya atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Mohamad berkata banyak badan bukan (NGO) serta negara lain yang memberi bantuan kemanusiaan antaranya Emiriyah Arab Bersatu dan Brunei.

“Setakat ini, saya difahamkan pelarian Rohingya di Bangladesh dianggarkan 1.1 juta yang menetap di Cox’s Bazar.

“Mereka ini menetap di kawasan yang sempit dengan pelbagai penyakit di sana serta memerlukan bantuan berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai fasiliti Hospital Medan Malaysia di negara berkenaan, Mohamad berkata hospital itu mempunyai fasiliti antara yang terbaik, menyediakan pakar perubatan yang bagus dengan jumlah kehadiran pelarian yang mendapatkan rawatan amat baik.

Hospital Medan Malaysia mula beroperasi hujung 2017 selepas berlakunya kebanjiran lebih 700,000 pelarian Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh akibat operasi berdarah tentera Myanmar di utara Rakhine.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018