COSH 2019 promosi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan



KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2019) kali ke-22 di KLCC yang masuk hari kedua hari ini 'meraikan' lebih 1,000 penggiat OSH.

Persidangan dua hari bertemakan "Driving OSH (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) Excellence with Integrity for the Future" menjadi platform utama penggiat-penggiat OSH dalam mendalami cabaran dan isu-isu utama bidang itu.

Perasmian persidangan disempurnakan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran semalam. Turut hadir ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.

Satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara NIOSH diwakili Lee dan Korea Occupational Safety and Health Agency (KOSHA) yang Ketua Pengarahnya Dr Injae Shi.

Turut diserahkan, dua Memorandum Perjanjian (MoA) antara NIOSH dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) diwakili Timbalan Naib Canselor (Jaringan industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan) UiTM Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad dan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) diwakili Presiden UNIKL Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud.

Sementara itu, Lee dalam ucapan pembukaan itu berkata penganjuran COSH merupakan salah satu daripada usaha mereka untuk mempromosi dan menjadikan OSH satu yang lazim pada masyarakat.

Beliau berkata daripada COSH, NIOSH juga telah menganjurkan pelbagai program CSR termasuk OSH bagi Sekolah, OSH bagi Tahfiz, OSH bagi Media, OSH bagi Industri Pelancongan dan program khusus untuk memperkasa mereka di bawah kumpulan umut 40 (B40).

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018