Hukuman kerja sosial ke atas pesalah larangan merokok dipertimbang



PUTRAJAYA, 27 Ogos (Bernama) -- Hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput sedang dipertimbangkan bagi pesalah peraturan larangan merokok di tempat awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Hukuman denda akan membuat orang berfikir kalau ada duit boleh buat kesalahan. Jadi, saya melihat kepada hukuman kerja sosial ini dengan teliti," katanya yang berpendapat hukuman kerja sosial lebih efektif.

Berucap pada majlis perjumpaan bulanan kementeriannya di sini hari ini,  Dr Dzulkefly turut mengingatkan warga kerja Kementerian Kesihatan (KKM) supaya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dengan menghormati perintah larangan merokok berkenaan di premis KKM dan di tempat awam.

Sambil berseloroh, beliau yang menyifatkan peratus warga KKM yang masih merokok sebagai 'rahsia besar' di kementerian, dan terpaksa menerima hakikat ada warga kementeriannya sendiri tidak dapat berhenti daripada tabiat merokok.

Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran dan warung sama ada yang bertutup, berhawa dingin mahupun yang berkonsep terbuka termasuk di tepi jalan.

Perokok yang ditahan di kawasan larangan akan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan bagi pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok pada awalnya ditetapkan selama enam bulan kemudiannya dilanjutkan sehingga akhir Disember ini.

Menurut Dr Dzulkefly, 129,180 premis sudah diperiksa sehingga kini dengan notis amaran larangan merokok sudah dikeluarkan mencecah 30,698.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata KKM akan memantau penyediaan sarapan percuma kepada pelajar sekolah seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik semalam bagi menjaga keselamatan makanan yang dibekalkan. 

"KKM juga akan memantau aspek diet dan nutrisi makanan yang dibekalkan," katanya mengulas pengumuman Maszlee bahawa kerajaan akan menyediakan sarapan percuma buat semua pelajar sekolah rendah di seluruh negara bermula Januari tahun hadapan.

Menurut Maszlee, inisiatif itu diperkenalkan bagi memastikan pelajar-pelajar kekal sihat dan cergas di samping membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018