ISKANDAR PUTERI, 27 Ogos (Bernama) -- Status persekolahan Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang yang diarahkan tutup selama dua hari berikutan kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang dekat Gelang Patah, hanya akan diketahui petang ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin berkata setakat tengah hari ini, kedua-dua sekolah itu akan dibuka esok seperti biasa dengan langkah berjaga-jaga.
“Bagaimanapun, sekiranya Jabatan Alam Sekitar (JAS) kata belum selamat, kita akan sambung cuti. (Semuanya terpulang kepada) pemantauan (kualiti udara) di kawasan sekolah petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Antara langkah berjaga-jaga yang diambil adalah semua warga sekolah diminta memakai topeng muka yang telah dibekalkan, sementara pelajar yg ada komplikasi asma dibenarkan untuk tidak hadir.
Beliau sebagai wakil Jabatan Pendidikan Negeri, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan operasi pemadaman hutan berkenaan.
Terdahulu, Ketua Zon 1 JBPM Johor Mohamad Faizul Selamat berkata sebanyak 70 peratus daripada 16 hektar hutan yang terbakar telah berjaya dipadamkan setakat hari ini.
Operasi yang masuk hari ketujuh itu, melibatkan seramai 140 anggota dan pegawai JBPM selain bantuan agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Johor, Jabatan Alam Sekitar Johor dan lain-lain agensi berkaitan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN