Penggantungan dagangan dan perniagaan Malee Mineral Water ditarik balik



JOHOR BAHRU, 27 Ogos -- Penggantungan perdagangan dan perniagaan Malee Mineral Water Sdn Bhd pada akhir Jun telah ditarik balik pada 16 Ogos.

Syarikat itu dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan Makanan dan Kualiti telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 16 Ogos kepada syarikat berhubung penarikan balik penggantungan perdagangan dan perniagaan syarikat, berkuat kuasa serta merta.

Menurut surat berkenaan, keputusan penarikan balik penggantungan terhadap Malee itu dibuat selepas syarikat melaksanakan tindakan sewajarnya berkaitan insiden air botol keluaran syarikat dicemari bakteria Pseudomonas aeruginosa.

Sebelum itu, pengarah Malee, Pek Woei Yi menyatakan kesediaan syarikat bekerja rapat dengan kementerian untuk menyiasat kejadian itu.

“Selepas siasatan menyeluruh, sumber bakteria berkenaan dikesan pada kegagalan sistem penapisan yang telah dibaiki dan sampel produk kemudian diserahkan untuk ujian makmal.

"Pejabat Kesihatan Mersing mengesahkan Malee telah melakukan tindakan pembetulan yang sewajarnya dan keputusan makmal melepasi piawaian yang diperlukan. Ini menyebabkan Kementerian Kesihatan Malaysia menarik balik penggantungan berkuat kuasa serta merta, " katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Perkembangan terkini itu bermakna jenama di bawah Malee yang sebelum ini terjejas oleh kejadian berkenaan selamat untuk digunakan.

Jenama berkenaan ialah Iceberg, Sukahati, Rofina, Water Funs, Dixy green dan Dixy Blue.

Pek berkata syarikat lega kerana dapat mengesan sumber pencemaran dan menyelesaikan masalah itu dengan cepat.

Beliau berkata syarikat berusaha untuk mencapai standard keselamatan makanan yang lebih tinggi dengan meningkatkan pensijilan keselamatan makanan ISO 22000 sedia ada kepada standard FSSC 22000 yang diiktiraf oleh Inisiatif Keselamatan Makanan Global (GFSI).

Selain itu, Malee kini bekerjasama dengan KKM dan Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk mendapatkan kembali kelulusan eksport bagi produk mereka.

Pada 1 Julai tahun ini, KKM telah mengarahkan air minuman botol jenama Starfresh dan Water Funs keluaran Malee ditarik balik selepas didapati tercemar oleh bakteria Pseudomonas aeruginosa, yang biasanya terdapat dalam najis, air, tanah dan kumbahan.

Kementerian juga telah menggantung lesen pengilang buat sementara pada 28 Jun berikutan pemeriksaan di kilang mendapati program jaminan keselamatan makanan tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Ini menyebabkan pengeluar secara sukarela menarik balik air minuman jenama lain yang dikeluarkannya termasuk iceberg, Sukahati, Ro Fina, Dixy Green dan Dixy Blue.

Selain MOH, SFA juga dilaporkan telah mengarahkan penarikan balik air botol Starfresh dari Malee selepas didapati tercemar oleh bakteria yang sama, membabitkan botol 500ml dan 1500ml dengan tarikh luput masing-masing pada 11 Mei 2021 dan 13 Mei 2021.

 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2