Program sarapan percuma perlu pemantauan rapi - Murugiah



KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Naib Presiden MIC Datuk T. Murugiah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan​​​​​​ Program Sarapan Percuma (PSP) kepada pelajar sekolah rendah yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Murugiah berkata program berkenaan dapat membantu para pelajar mendapat makanan yang selamat, mengandungi nutrisi tinggi dan bersih namun pelaksanaannya perlu mendapat pemantauan Kementerian Kesihatan di setiap negeri.

Jelasnya pelaksanaan itu tidak boleh dikendalikan di peringkat pusat sahaja, tetapi mesti dilakukan diperingkat negeri menerusi dengan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi menilai kebersihan serta sumber bahan makanan berkenaan.

"Kajian menyeluruh mengenai program ini perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa melaksanakannya, berikutan keadaan ekonomi sekarang ini.Kita tidak mahu perkara seperti keracunan makanan dan makanan tidak bernutrisi dihidangkan kepada pelajar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maszlee dalam satu catatan laman Facebooknya berkata bermula Januari 2020, sarapan percuma akan disediakan buat semua pelajar di sekolah rendah seluruh negara.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018