NILAI, 28 Ogos -- Lebih 200 peserta mengambil bahagian dalam Seminar Kebangsaan Kesihatan Seksual bagi Institusi Tahfiz dalam usaha untuk mendidik dan memberi pendedahan dari sudut kesihatan seksual dalam rangka kekeluargaan kepada institut tahfiz.
Presiden Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata program yang julung kali diadakan itu memberi pendedahan kepada institusi tahfiz supaya pelajar, ibu bapa, guru, mudir dan warden memahami budaya, impak dan bagaimana menangani gejala penderaan seksual supaya masyarakat tidak terjebak dalam gejala yang dilarang agama.
"Masyarakat harus sedar tentang amalan pencegahan dalam rangka fikir Islam yang sebenar dan konteks kekeluargaan adalah teras utama selain tidak harus berpaksikan pendidikan seks secara komprehensif (CSE) yang berfalsafah barat.
"Ini disebabkan falsafah barat itu melihat kesihatan seksual hanya dari sudut biologi dan membenarkan hubungan intim selagi mana wujud elemen 'keizinan' atau tanpa nilai agama dan kekeluargaan secara kukuh," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Kebangsaan Kesihatan Seksual Bagi Institusi Tahfiz yang turut dirasmikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di sini, hari ini.
Tambahnya, pihaknya cuba memperbetulkan konsep dengan menerapkan unsur 'jangan mendekati zina' dalam pendidikan seksual selain menyeru ibu bapa dan guru untuk mendidik anak-anak supaya tidak menyalahgunakan penggunaan gajet dan Internet.
Zulkifli berkata beliau amat bersetuju dengan penganjuran seminar ini yang dilihat akan memberi satu solusi dalam menangani gejala tidak sihat seperti kes jenayah seksual selain kerjasama antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mendidik dan memantau perkembangan modul kesihatan seksual.
"Seminar ini dapat memberi peluang kepada kita dan agensi-agensi terlibat dalam memberi saranan yang baik untuk menjawab sebarang kemusykilan atau penyelesaian isu berbangkit dan sudah tentu kita boleh berbincang secara teliti terhadap semua permasalahan yang dihadapi melibatkan institusi pengajian tahfiz.
Beliau juga berharap diksusi mengenai permasalahan ummah seperti seminar ini dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memberi pencerahan mengenai topik berkaitan isu menangani isu gejala tidak sihat.
Pada majlis itu juga turut disusuli dengan perbincangan meja bulat bersama badan kerajaan seperti pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pengendali tahfiz, agensi kerajaan dan NGO bagi merangka pendidikan seksual bersepadu.
Seminar yang berlangsung selama sehari ini merupakan anjuran Waqif dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) melibatkan pelajar dan guru tahfiz dari seluruh Malaysia, ibu bapa, wakil dari PINTA, wakil WAFIQ, wakil Universiti Sains Islam Malaysia, wakil dari agensi kementerian MySihat, wakil Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan sebagainya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN