Majlis pemulihan Orang Kurang Upaya akan ditubuhkan di Sabah

KOTA KINABALU, 28 Ogos -- Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Awam akan menubuhkan Majlis Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam usaha memperkasa komuniti OKU di Sabah.

Menterinya Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata kementerian itu akan meneliti syor-syor yang akan dikemukakan dan mengambil tindakan yang perlu untuk pembangunan OKU di Sabah.

”Kesemua syor itu tidak akan dapat dilaksanakan jika tiada jalinan usaha sama antara kerajaan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan termasuk pertubuhan OKU," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kesedaran Pelan Induk Pengupayaan Asean 2025 peringkat negeri, di sini hari ini.

Poon berkata usaha memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat juga perlu diteruskan untuk memperkasa komuniti OKU antaranya bidang pendidikan, pekerjaan dan keusahawanan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan bagi Orang Buta Datuk Rosalind Chew berharap kerajaan negeri akan dapat melantik wakil daripada OKU di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau berkata dengan adanya wakil OKU, aspek kebolehcapaian dapat diterapkan di setiap peringkat dan proses pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan khususnya berkaitan OKU.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2