Laporan penuh kemalangan ambulans akan dikeluarkan KKM tidak lama lagi

IPOH, 29 Ogos -- Laporan penuh mengenai kes kemalangan maut membabitkan sebuah ambulans di Tanjung Malim pada awal bulan ini, akan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) setelah siasatan siap sepenuhnya, tidak lama lagi.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata pihaknya, telah mengemukakan laporan penuh mengenai kejadian itu kepada kementerian untuk diteliti, dalam pelbagai aspek yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.

"KKM akan meneliti (kejadian kemalangan) bukan hanya satu aspek sahaja, kerana banyak aspek boleh terjadi, yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.

"Jadi, kita menunggu laporan penuh daripada KKM sekiranya ada apa-apa penemuan (bukti) dalam siasatan yang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Forensik Psikiatri kali ke-2 yang berlangsung selama sehari, di Institut Latihan Kesihatan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemalangan itu, termasuklah mengaitkannya dengan penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan.

Dr Ding berkata ini kerana mana-mana pemeriksaan kenderaan Jabatan Kesihatan Negeri, dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

"Kita tidak sepatutnya membuat andaian sendiri, lebih baik tunggu laporan penuh siap," katanya.

Sebelum ini, Dr Ding dalam satu kenyataan berkata KKM menubuhkan satu jawatankuasa bebas, bagi menyiasat kes kemalangan maut membabitkan sebuah ambulans di Kilometer 368.4 Lebuhraya Utara-Selatan di Slim River, pada 4 Ogos lalu.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, pemandu ambulans, Mohd Hafidz Mohd Bahari, 37, dan pesakit, Azizah Dolah, 66, meninggal dunia di lokasi kejadian, selepas ambulans yang dinaiki mereka merempuh besi pembahagi jalan sebelum terbalik.

Nahas itu turut mengakibatkan dua lagi penumpang ambulans iaitu jururawat, Nur Aliesa Hashim, 28, dan pembantu perubatan, Khairul Azani Khairuddin, 40, mengalami kecederaan ringan, manakala seorang doktor yang turut bersama mereka, Dr Ainaa Athirah Abdullah, 29, tidak mengalami kecederaan.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2