Sabah sedia bekerjasama rapat dengan UMS kurangkan bilangan pesakit mental



KOTA KINABALU, 30 Ogos -- Kerajaan negeri sedia bekerjasama rapat dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam usaha mengurangkan bilangan pesakit mental di negeri ini, kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Frankie Poon Ming Fung.

Menurut beliau sebanyak 29.2 peratus rakyat Malaysia dikenal pasti mengalami masalah kesihatan mental dan Sabah mencatatkan bilangan pesakit mental tertinggi iaitu sebanyak 42.9 peratus.

"Kerajaan negeri akan bekerja lebih keras bersama UMS dalam setiap penyelidikan untuk mengenal pasti punca utama masalah kesihatan mental di negeri ini sekaligus mencari solusi paling efektif untuk mengurangkan angka tinggi berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada  sidang media selepas menutup persidangan “Quality of Life Borneo” di UMS, di sini. persidangan selama tiga hari itu berakhir hari ini.

Poon berkata masalah kemiskinan juga dikenal pasti antara punca masalah kesihatan mental dan faktor kemerosotan kualiti hidup masyarakat di Sabah dan jika keadaan ini berterusan tanpa solusi ia akan memberi kesan buruk ke atas pembangunan negeri, katanya.

Sementara itu, pengerusi persidangan itu, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, persidangan itu menghimpunkan ahli akademik pelbagai kepakaran, ahli badan bukan kerajaan, kakitangan perkhidmatan kesihatan, dan masyarakat awam dari dalam serta luar negara untuk membincangkan langkah meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah.

Katanya topik yang dibincang termasuk isu kemiskinan, kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, pencemaran, dan pembangunan infrastruktur yang berkait rapat dengan faktor kemerosotan kualiti hidup penduduk.

"Persidangan kali ini juga merupakan sebahagian daripada persediaan pihak kami menjelang persidangan 'Quality of Life' peringkat antarabangsa kali ke-28 pada 2022 dengan Sabah akan menjadi penganjur utama.

Menurutnya, usaha melahirkan masyarakat sejahtera dengan kualiti hidup tinggi tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan.

Sebaliknya, beliau yang juga pensyarah kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS berkata ia adalah tanggungjawab setiap lapisan komuniti yang perlu bekerjasama mewujudkan negeri Sabah yang sejahtera.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2