Isu kesihatan mental perlu ditangani oleh semua pihak



KOTA KINABALU, 1 Sept --  Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini menyarankan semua pihak agar menangani masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat  dengan  mengesan  dan mencegah masalah itu diperingkat awal.

Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS Dr Nicholas Pang Tze Ping berkata Isu kesihatan mental boleh terdiri daripada tekanan ringan sehingga penyakit mental yang teruk dan terdapat banyak intervensi psikologi yang sangat berkesan yang boleh digunakan untuk membantu orang mengatasi keadaan yang tertekan.

“Ini akan membantu kita sebagai anggota masyarakat mengalih tumpuan daripada penyakit mental kepada mental yang sihat. Daripada hanya bertindak terhadap orang yang mengalami masalah kesihatan mental, lebih elok sekiranya kaedah yang ada digunakan bagi memupuk mental yang sihat di kalangan masyarakat.” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Beliau berkata Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati bahawa 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental dan Sabah mencatatkan 42.9 peratus rakyatnya mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental berbanding  39.8 peratus di Kuala Lumpur dan 39.1 peratus di Kelantan.

“Oleh itu adalah sangat penting kita tidak hanya fokus  kepada angka dan menumpukan   tenaga untuk sama-sama berusaha menangani  isu ini,” katanya dan menambah bahawa ini memerlukan kajian mendalam oleh  universiti dan sektor penjagaan kesihatan.

Dr Nicholas, yang juga Timbalan Pengerusi Persidangan Kualiti Hidup Borneo 2019 berkata, UMS berikrar  sebagai sebuah institusi akademik untuk menjadi kumpulan pemikir  yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan  projek kesihatan mental dan menjalankan penyelidikan yang berkualiti seperti  yang diberi tanggungjawab oleh  kerajaan Sabah.

— BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2