Mekanisme bendung aktiviti pembuangan dan pembakaran sampah akan dikenalpasti

Dzulkefly Ahmad

ISKANDAR PUTERI, 2 Sept  -- Kerajaan negeri akan mengenalpasti mekanisme yang ampuh bagi membendung aktiviti pembuangan dan pembakaran sampah melibatkan kawasan yang tidak berada di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ahmad berkata mekanisme itu antara lain adalah dengan memasukkan kawasan-kawasan yang dikenalpasti di bawah tindakan PBT ataupun melakukan kutipan cukai pintu pada kadar yang munasabah pada peringkat permulaan.

Katanya, isu pembuangan dan pembakaran sampah itu didapati berlaku di Iskandar Puteri dan Pengerang dekat Kota Tinggi dan di kawasan sekitarnya berikutan permintaan rumah sewa yang tinggi.

Menurutnya, ia turut melibatkan dua buah kampung di Gelang Patah iaitu Kampung Pekajang dan Kampung Tanjung Adang di mana insiden kebakaran 16 hektar hutan berlaku dan ia didapati tidak berada di bawah kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

“Banyak permintaan rumah-rumah sewa sedangkan kawasan ini di luar kawasan tindakan majlis dan sampah tidak dikutip MBIP, malahan mereka juga tidak bayar cukai pintu.

“Perkara ini juga berlaku di pekan Gelang Patah dan Bukit Tempurung, di mana ratusan rumah sewa didirikan. Tempat buang sampah tidak ada, jadi apa yang mereka buat, salah satunya buang di kawasan kebun yang kosong ataupun mereka bakar,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dzulkefly berkata dalam mekanisme itu juga pihaknya akan mempertimbangkan untuk mewajibkan penyeliaan sampah dengan betul melibatkan kawasan rumah sewa.

Beliau turut menjelaskan terdapat banyak kawasan perkampungan di Iskandar Puteri yang tidak berada di bawah kawasan pentadbiran MBIP.

“Kawasan yang sedia ada dikenakan kos operasi adalah Kampung Desa Paya Mengkuang dan dalam cadangan adalah Kampung Sungai Melayu, kadar cukai diberi diskaun dan harga lebih rendah kerana ia dalam kawasan kampung.

“Ini merupakan salah satu kaedah yang boleh kita pertimbangkan untuk diperkenalkan di kawasan-kawasan yang mempunyai permintaan rumah sewa yang tinggi,” katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2