Aktiviti luar bilik darjah dihentikan jika jerebu tambah buruk



IPOH, 4 Sept -- Semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan sekiranya keadaan jerebu di negeri ini semakin buruk.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata bagaimanapun ketika ini keadaan jerebu di beberapa kawasan terutamanya di daerah Manjung masih berada dalam keadaan terkawal.

"Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri akan mengeluarkan arahan dan kenyataan berkaitan jerebu dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan murid menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Pegoh di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan indeks pencemaran udara (IPU) setakat pukul 9 pagi ini di Taiping ialah 90; Tasek, Ipoh ialah 86 serta Seri Manjung iaitu 81 dan semuanya dikategorikan sebagai sederhana. 

Sementara itu, Abdul Aziz berkata seramai 33,771 murid di seluruh negeri menduduki UPSR yang bermula hari ini.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2