Tiga kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat



MIRI, 5 Sept -- Miri, Sri Aman dan Samarahan mencatat bacaan Indek Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.

Sektretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar Ismail Mahedin dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak berkata,  Sri Aman mencatat IPU 122 diikuti Samarahan 105 dan Miri 101 dengan kemungkinan masalah jerebu dijangka berlarutan kerana jumlah titik panas meningkat dan faktor arah tiupan angin dari Indonesia. 

“Arah tiupan angin jerebu dari Kalimantan, Indonesia  akan memberi kesan kepada Kuching, Samarahan dan Sri Aman,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini sambil menambah jumlah titik panas  di Kalimantan  meningkat tiga ganda di Kalimantan berbanding semalam.

Ismail berkata, setakat ini empat titik panas dikesan di Sarawak serta 462 di Indonesia iaitu 455 di Kalimantan dan tujuh di Sumatera.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018