Derita Celebral Palsy, keluarga mohon bantuan

MACHANG, 5 Sept -- Seorang ibu kepada pemuda menghidap Cerebral Palsy (CP) yang hanya mampu terlantar merayu bantuan orang ramai bagi meringankan bebannya menyediakan keperluan anaknya itu.

Masni Muhammad, 43, berkata Muhammad Aiman Asyraf Ramli, 21, anak sulungnya daripada empat beradik itu disahkan menghidap CP sejak berusia dua tahun menyebabkan sendi-sendinya mengerekot serta tidak dapat berjalan dan bangun sebagaimana pemuda seusianya.

Katanya, Muhammad Aiman Asyraf memerlukan perhatian dan jagaan rapi setiap masa menyebabkan beliau sukar untuk bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suaminya Ramli Ismail, 49, yang bekerja sebagai penjaga stor di sebuah kuari, kira-kira RM1,700 sebulan.

“Lebih memeritkan apabila kos perbelanjaan Muhammad Aiman Asyraf mencecah sehingga RM500 sebulan, susu khas untuknya berharga RM90 setin yang hanya mampu bertahan selama 15 hari. Dia juga perlu memakan makanan segar yang dimasak sebanyak tiga kali sehari dan memerlukan kos perbelanjaan kira-kira RM15 sehari.

“Walaupun kami ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan, ia masih belum mencukupi, kami juga perlu menanggung perbelanjaan tiga lagi anak berusia antara 18 tahun dan 9 tahun.” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Gading Paluh, Pulai Chondong di sini hari ini.

Masni berkata mujurlah kos rawatan anaknya itu buat masa ini tidak terlalu tinggi kerana hanya perlu menjalani rawatan fisioterapi sebanyak dua kali sebulan di Hospital Raja Perempuan Zainal II (HRPZ II) Kota Bharu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0311929000183363 atau menghubungi Masni di talian 01131794901.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018