KLANG, 5 Sept -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tampil memberi sumbangan kepada seorang pekerja kilang Mat Zin Husin, yang kini menderita sakit tulang belakang kronik.
Menurut kenyataan pertubuhan itu, keadaan Mat Zin, 54, yang hanya mampu terbaring di atas katil akibat penyakitnya sejak beberapa bulan lepas, mendapat perhatian Skuad PERKESO Prihatin.
"Penderitaan Mat Zin yang dipaparkan menerusi akhbar tempatan Isnin lepas mendapat perhatian Skuad PERKESO Prihatin yang kemudian bertindak menziarahi Mat Zin di kediamannya di Pangsapuri Sri Proton di sini, Selasa.
"Semasa ziarah itu, PERKESO turut menyumbang bekalan lampin pakai buang, yang diserahkan kepada isterinya, Normah Ab Rahman," menurut kenyataan itu.
Selain bantuan lampin pakai buang, PERKESO memberi sumbangan kewangan dan membantu memudahkan proses tuntutan pencen Ilat Mat Zin.
"Menerusi ziarah ini, Mat Zin dan isteri menzahirkan rasa terharu dan amat berterima kasih atas usaha dan bantuan yang dihulurkan oleh PERKESO dalam meringankan beban mereka.
"Bantuan kewangan serta bekalan lampin pakai buang ini diharap dapat sedikit sebanyak membantu kelangsungan hidup Mat Zin serta dua tanggunggannya iaitu isteri dan seorang anak," katanya.
Mat Zin sebelum ini dilaporkan menderita sakit tulang belakang yang kronik selepas terbiasa mengangkat bebanan berat dengan kaedah salah sejak beliau mula bekerja 30 tahun lepas.
Akibat penyakitnya itu, Mat Zin tidak lagi bekerja sejak tiga bulan lepas dan hanya terbaring di atas katil.
Beliau sebelum ini turut memohon bantuan pelbagai pihak termasuk bekalan lampin pakai buang dan kewangan untuk merawat penyakitnya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN