Kebocoran Ammonia: Melaka pantau keselamatan sumber air, bahan kimia



MELAKA, 5 Sept  -- Keselamatan sumber air dan bahan kimia terutama di kawasan perindustrian merupakan aspek utama dipantau kerajaan negeri Melaka bagi memastikan insiden kebocoran gas ammonia di Jasin dekat sini yang memudaratkan rakyat Selasa lepas tidak  berulang.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata aspek itu perlu diberi perhatian dalam pemantauan dilaksana Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka terutama bagi kawasan perindustrian yang terletak berhampiran penempatan awam sekitar negeri ini.

“Kita mengambil iktibar daripada kejadian pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor bagi memastikan kejadian tidak dingini seperti pencemaran air dan udara sehingga boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa masyarakat tidak berlaku di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Perhimpunan Ummah dan Penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah 1441 / 2019 Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang menyaksikan  bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman dianugerah Tokoh Maal Hijrah Melaka 1441H/2019M.

Selasa lepas, sebuah kilang pemprosesan ayam HLRB Processing Sdn Bhd di Jasin mengalami kebocoran gas ammonia pada  kira-kira 11.40 pagi menyebabkan 33 pekerjanya dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah, sakit mata serta sesak nafas; dan kilang itu diarah menutup operasinya buat sementara.

Adly berkata  kerajaan negeri akan meminta penilaian daripada semua agensi yang terlibat dengan mengambil kira beberapa faktor seperti keselamatan dan sebagainya sebelum  kilang itu dibenarkan beroperasi semulai.

“Kita tidak perlu perketatkan syarat atau prosedur yang sedia ada, apa yang lebih penting adalah pihak kilang mematuhi apa yang telah ditetapkan,”katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mengadakan satu lagi kategori anugerah khas Maal Hijrah, selain sembilan kategori pada masa ini, bagi menghargai sumbangan masyarakat bukan Islam dalam kesejahteraan masyarakat.

“Anugerah khas Maal Hijrah akan diteruskan setiap tahun agar lebih ramai masyarakat boleh diktiraf dari segi sumbangan dan juga sebagai motivasi kepada mereka terus bagi sumbangan kepada negeri dan negara,” katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2