Tiga daripada 10 anak muda Malaysia jadi mangsa buli dalam talian - UNICEF

Henrietta Fore (Foto: Tobias Hase/dpa)

KUALA LUMPUR,  5 Sept 5  -- Tiga daripada 10 anak muda Malaysia pernah menjadi mangsa buli secara dalam talian yang menjejaskan pelajaran dan kehidupan sosial mereka dengan majoriti mengalaminya menerusi applikasi pesanan peribadi.

Menurut kajian  terbaharu  Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan wakil khas Setiausaha Agung Perubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB)  mengenai keganasan terhadap kanak-kanak di 30 negara, seorang  daripada lima anak muda dilaporkan ponteng sekolah berpunca buli siber dan keganasan.

Meluahkan perkara itu tanpa menyebut nama menerusi alat penglibatan belia U- Report, hampir tiga suku daripada anak muda yang terlibat dalam kajian itu berkata rangkaian media sosial termasuk Facebook, Instagram, Snapchap dan Twitter merupakan saluran yang paling banyak berlaku buli dalam talian.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore berkata perbuatan buli tidak  hanya berlaku di sekolah  tetapi perbuatan itu juga berlaku menerusi alam siber.

Di Malaysia, daripada 5,000 orang  yang menyertai kajian itu hanya hanya sejumlah 457 orang (9 peratus) mengaku mereka pernah menggunakan teknologi  platform digital untuk menganggu atau membuli orang lain.

Data juga menunjukkan 63 peratus koresponden Malaysia tidak menyedari terdapatnya perkhidmatan bantuan dalam talian bagi mengsa buli siber di negara bagi mereka berkenaan mendapatkan bantuan.

Sehubungan itu Wakil Khas Setiausaha Agung  PBB  tentang Keganasan Terhadap Kanak-Kanak Najat Maalla Mjid  menyeru semua pihak termasuk pihak  berkuasa  bekerjasama bagi menangani masalah ini.

Salah satu mesej utama yang dapat kita perhatikan daripada  pandangan mereka adalah keperluan untuk penglibatan anak-anak muda dan apabila ditanya siapa yang bertanggungjawab untuk menamatkan buli siber, pendapat sama dibahagikan antara pemerintah, penyedia perkhidmatan internet (sektor swasta ) dan golongan muda itu sendiri.

Seramai  170,000 responden berumur antara  13-24 tahun  dari  30 countries including Bangladesh, Vietnam, India, Indonesia, and France mengambil bahagian dalam kajian itu..

Bagi mereka yang mengalami buli dalam talian boleh  hubungi CyberSecurity Malaysia, Cyber999 melalui e-mel ke cyber999@cybersecurity.my, SMS ke 15888 menggunakan format berikut: CYBER999 REPORT atau hubungi 1-300-88-2999.

 

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018