KUALA LUMPUR, 5 Sept -- Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh menerima sebanyak 83,000 pesakit dan berjaya melaksanakan 2,300 pembedahan dalam tempoh 18 bulan sejak hospital itu mula dibina pada hujung tahun 2017.
Itu adalah antara kejayaan Hospital Medan Malaysia yang beroperasi secara multi-disiplin dan mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana mempunyai pakar-pakar bedah dan perubatan yang berkemahiran.
Komander Operasi Starlight 3, Kol Dr Shamsul Bahary Muhamad berkata Hospital Medan Malaysia banyak menerima kes pesakit yang memerlukan perhatian segera antaranya rawatan berkaitan abdomen dan ortopedik (rawatan berkaitan kecederaan seperti keretakan tulang dan kecacatan tulang) yang memerlukan pembedahan segera atau pembedahan secara elektif.
Beliau berkata dalam kes berkenaan, Hospital Medan Malaysia menerima hampir 200 pesakit dalam sehari yang terdiri daripada masyarakat setempat di sekitar hospital dan selebihnya adalah pelarian Rohingya.
“Hospital Medan Malaysia mempunyai rating yang tinggi di negara berkenaan serta menjadi hospital rujukan kerana mempunyai kemudahan dan kelengkapan pembedahan yang baik,” katanya kepada Bernama pada majlis sambutan kepulangan Tim Op Starlight - 3 dan penghantaran Tim Op Starlight - 4 di Wisma Transit, di sini, hari ini.
Dr Shamsul berkata kewujudannya secara tidak langsung membantu meringankan beban kerajaan setempat yang terbeban dengan suasana semasa.
Sementara itu, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata Tim Op Starlight berkemampuan dalam membentuk kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dari dalam dan luar negara.
“Ia juga membuktikan keyakinan pihak berkenaan terhadap kredibiliti serta keupayaan Tim Op Starlight dalam melaksanakan fungsi Hospital Medan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Tim Op Starlight - 3 yang baharu tiba di Malaysia adalah merupakan kumpulan kedua terdiri daripada 31 petugas Op Starlight - 3 yang diatur gerak pulang ke Malaysia sejak dihantar pada 28 Feb lepas.
Selepas itu, ia akan digantikan dengan Tim Op Starlight - 4 yang terdiri daripada 56 petugas juga akan diatur gerak untuk mengambil alih tugas daripada Tim Op Starlight - 3 secara berperingkat bulan ini.
Hospital Medan Malaysia mula beroperasi hujung 2017 selepas berlakunya kebanjiran lebih 700,000 pelarian Rohingya dari Myanmar ke Bangladesh akibat operasi berdarah tentera Myanmar di utara Rakhine.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN