Cadangan jadikan kesihatan mata sebagai kesihatan primer akan dibincang



KUALA SELANGOR, 7 Sept -- Kementerian Kesihatan akan membawa cadangan untuk memasukkan kesihatan mata sebagai satu daripada komponen penjagaan kesihatan primer negara, ke mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian menyambut baik dan akan mengambil perhatian saranan yang diutarakan oleh Persatuan Optometris Malaysia (AMO).

“Dengan Akta Optik 1991 yang akan dibubarkan kelak dan diganti dengan akta yang baharu, saya yakin bidang optometris bakal menjadi lebih mantap dari segi profesionalismenya dan tadbir urusnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) 2019 peringkat Kuala Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden AMO Woon Pak Seong dalam ucapannya pada majlis itu berkata sekiranya kesihatan mata dimasukkan sebagai satu daripada komponen dalam penjagaan kesihatan primer, rakyat dapat menjalani pemeriksaan mata dengan lengkap dan terperinci.

Beliau berkata ia juga bakal membantu pengesanan penyakit mata di peringkat awal kerana 80 peratus kes kebutaan dan penglihatan terhad boleh dicegah atau dirawat melalui pengesanan awal.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan penyelarasan harga ubat yang diusahakan oleh Kementerian Kesihatan, Dr Dzulkefly berkata pihaknya kini pada peringkat libat urus membabitkan pihak berkepentingan antaranya hospital swasta, syarikat farmaseutikal dan farmasi bagi mencari mekanisme yang sesuai.

"Kami telah merumuskan beberapa mekanisme untuk digunakan bagi tujuan ini, tetapi pihak kementerian tidak mahu bergegas dalam memutuskan perkara ini kerana ia merupakan satu dasar yang baharu, kita perlu berhati-hati dan cermat dalam perkara ini agar tidak timbul sebarang kesan sampingan yang tidak disengajakan," katanya.

Pada program kempen kesedaran mata itu, kira-kira 3,000 pasang cermin mata diberikan secara percuma kepada individu yang memerlukan khususnya daripada golongan B40 selepas menjalani pemeriksaan mata oleh AMO pada program itu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2