Sabah perlu pasang mesin pengimbas kesihatan di pintu masuk antarabangsa

Datuk Jaujan Sambakong

SEMPORNA, 8 Sept -- Sudah sampai masanya Sabah perlu memasang mesin pengimbas kesihatan di semua pintu masuk antarabangsa di negeri ini, sebagai langkah menangani penyebaran virus luar menerusi pelancong, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, cadangan itu selari dengan keperluan memandangkan kemasukan pelancong antarabangsa ke negeri ini khususnya di Semporna adalah menggalakkan dengan purata 3,000 pelancong sehari.

"(Sebab itu) kita perlu selidik (tahap) kesihatan pelancong ini kerana mereka datang daripada persekitaran yang tidak sama dan berkemungkinan boleh membawa virus serta memberi kesan kepada penduduk setempat.

"Kalau kita di sini (Semporna), terkenal dengan penyakit Kolera dan Denggi, tetapi pada hari ini, (berdepan) pelbagai penyakit yang ada dan antara faktornya adalah kemasukan pelancong dari merata dunia," katanya kepada pemberita pada Karnival Gegas Kesihatan Pulau Bum Bum dekat sini, anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pulau Bum Bum serta Pejabat Kesihatan Semporna, hari ini.

Menurut Jaujan, setakat Januari hingga Ogos tahun ini, Sabah menerima kemasukan dua juta pelancong antarabangsa, dengan 90 peratus pelancong China ke Semporna.

"Hal ini perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa sama ada Kementerian Pelancongan dan kementerian saya.

"Saya juga akan melihat pembangunan kemudahan infrastruktur untuk kegunaan penduduk bersama pelancong seperti tandas," katanya lagi.

Sementara itu, Jaujan berkata karnival yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah Pulau Bum Bum itu penting bagi menyedarkan masyarakat mengenai penjagaan kesihatan.

"Hal ini seiring hasrat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mahu penekanan mengenai pendidikan dan kesihatan rakyat diutamakan.

"Saya berharap karnival ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran kepada masyarakat sesuai dengan misi Karnival ini "Ke Arah Pulau Sihat" yang bermaksud penduduk di pulau ini sihat di samping tetap memelihara kebersihan setempat," katanya.

Pada karnival itu, diadakan pelbagai aktiviti menarik antaranya Island Fun Run, pemeriksaan gigi, derma darah dan sukaneka yang kesemua acara berkaitan dengan unsur menjaga kesihatan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018