Amal pelaksanaan 3M bagi kemudahan, kelengkapan perubatan - Lim

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan kemudahan dan kelengkapan perubatan sedia ada dapat berfungsi dengan baik menerusi pendekatan “Memperbaiki, Mengganti dan Memulihkan” (3R), menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Apa gunanya kita membina kemudahan baharu jika yang lama diabaikan dan merosot daripada segi kualiti? Dalam lawatan saya ke seluruh negara, saya perhatikan keadaan ini amat serius kerana ia telah berlarutan melebihi 15 tahun.

“Bagi menyelesaikan perkara ini, kita perlu melaksanakan pendekatan 3M terhadap kemudahan dan kelengkapan perubatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil memaklumkan ia perlu dilakukan, walaupun membabitkan kos tinggi dan mengambil masa untuk dilaksanakan.

Sementara itu, Lim berkata kerajaan turut mengambil berat masalah monopoli pembekalan perubatan yang memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan.

Sehubungan itu, kerajaan sedang mengkaji kontrak sedia ada dengan Pharmaniaga untuk mencari pendekatan terbaik untuk menangani masalah tersebut.

Setakat ini, monopoli bekalan perubatan melibatkan kos melebihi RM1.1 bilion setahun kepada kerajaan.

Dalam perkembangan lain, kerajaan sedang melaksanakan 12 siri perbincangan kumpulan fokus untuk mendapatkan pandangan dan saranan menjelang Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober  ini.

Kumpulan-kumpulan fokus ini akan mempertimbangkan isu-isu tertentu seperti diketengahkan pada Majlis Konsultasi Belanjawan pada 27 Jun lepas dan memorandum-memorandum yang telah disampaikan oleh peserta industri, badan-badan pemikir, akademik dan badan bukan kerajaan.

“Satu daripada isu utama yang dibangkitkan ialah perkhidmatan kesihatan berkualiti yang mampu diakses semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40 (B40),”katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM193.6 bilion untuk penyediaan perkhidmatan kesihatan sepanjang 2010 hingga 2018.

Bagi 2019, Kementerian Kesihatan menerima peruntukan sebanyak RM28.7 bilion, kira- kira sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan Belanjawan 2019.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2