Lima kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat pagi ini



SHAH ALAM, 10 Sept  -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Shah Alam adalah 127, Klang (119), Banting (122), Johan Setia, Klang (160) dan Petaling Jaya (137) manakala Kuala Selangor menunjukkan bacaan sederhana iaitu 93.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Tinjauan Bernama di sekitar Shah Alam menunjukkan orang ramai masih meneruskan aktiviti harian seperti biasa walaupun jarak pemandangan dikaburi dengan asap jerebu.

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018