PUTRAJAYA, 10 Sept -- Sebanyak 16 stesen mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada jam 10 pagi hari ini, demikian menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Tiada stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat pada hari ini,” kata JAS dalam satu kenyataan hari ini.
Sri Aman, Sarawak merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 195, diikuti Rompin, Pahang (192).
Lima kawasan di Selangor turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Johan Setia (160), Petaling Jaya (137), Shah Alam (127), Banting (122) dan Klang (119).
Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bacaan IPU 152 dan 145; Kuching, Sarawak (149); Nilai, Negeri Sembilan (142); Putrajaya (136); Samarahan, Sarawak (122), Seremban, Negeri Sembilan (115), Bukit Rambai, Melaka (103), Tangkak, Johor (110).
Bacaan IPU 0-50 Baik ; 51-100 Sederhana ; 101-200 Tidak Sihat ; 201-300 Sangat Tidak Sihat ; 300 ke atas Bahaya .
Menurut JAS, sesi persekolahan di Kuching dan Sri Aman, Sarawak ditutup pada hari ini berikutan keadaan jerebu yang masih belum pulih sepenuhnya.
JAS berkata kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan bahagian barat Sarawak.
"JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa,”katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN